HUKUM MEWARNA RAMBUT

Friday, September 17, 2010

Rambut mempunyai peranan dan hukum tertentu, seperti wajib mencukur atau menggunting rambut sekiranya
melakukan haji, sunat mencukur rambut anak yang baru lahir dan sebagainya. OIeh itu Islam menuntut agar ia dipelihara dan dijaga dengan baik sehinggakan setelah dicukur atau digunting sunat pula ditanam.
Rasulullah S.A.W menuntut umatnya memuliakan rambut sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah r.a di dalam
hadis marfu’:
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang mempunyai rambut hendaklah ia dimuliakan .” (Hadis riwayat Abu Daud) Mewarnai rambut yang beruban adalah sunat. Begitu juga dengan janggut yang beruban. Manakala warna yang dibenarkan ialah kekuningan atau kemerahan. Inilah pendapat yang disepakati oleh para ashab. (AI-Majmu’ : 1/360- 362)
Para fuqaha’ pula sepakat mencela perbuatan mewarna rambut dengan warna hitam. Adapun pendapat yang shahih mengatakan bahawa ianya haram digunakan melainkan ke atas orang-orang yang berjihad. (Al-Majmu’ : 1/360-362).

Dalil haram mewarna rambut dengan warna hitam itu adalah berdasarkan riwayat daripada Jabir r.a katanya: Maksudnya: “Pada hari penaklukan Makkah, dibawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah S.A. W dengan rambut dan janggutnya berwarna putih seperti tsaqhamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih).” Maka baginda bersabda : “Tukarlah ini dengan sesuatu (yang lain), tetapi jauhilah (daripada menggunakan) warna yang hitam.” (Hadis riwayat Muslim) sementara hadis daripada Ibnu ‘Abbas r.a katanya: Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda : “Di akhir zaman akan terdapat ramai kaum yang mewarnai rambut dengan warna hitam seperti dada burung merpati, mereka tidak dapat menikmat harumnya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud) Perbuatan mewarnakan rambut dengan warna hitam sudah jelas hukumnya. Oleh itu jauhilah perbuatan mewarnakan rambut tanpa tujuan atau dengan pewarna hitam.




rujukan: http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiAt-Taqwa/At-Taqwa5/At-Taqwa5(19).pdf

Wednesday, August 18, 2010


Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

WANITA ISI NERAKA

Monday, May 24, 2010

Rasullullah pernah bersabda ;"Ballighuu 'anni walau ayat..." Bermaksud:"Sampaikanlah oleh kamu daripadaku walaupun satu ayat..."

Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)



PERINGATAN UNTUK WANITA

Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak). Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehigga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w.: Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli.

Diriwayatkan pada suatu hari ketika Rasullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.a. dan Maimunah r.a.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah? Rasullullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya.

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehigga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya semula. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tiada izinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tanpa izin suaminya.

Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, amada miskin atau kaya. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang lainkan di tepi-tepinya.

Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga suaminya marah, wanita itu akan tidur di dalam laknat malaikat hingga ke pagi. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakitkan hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekelian.

Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku Rasulullah) perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

Wanita yang meyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkoknya. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. "Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsanNya.

"Kebanyakan ahli neraka adalah adalah kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Jawab Nabi s.a.w., "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api" Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.? Jawab Rasulullah s.a.w.: Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahir anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.

Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran isteri berkata: 'sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun') gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat). Kurang akal dan kurang ilmu engetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda "Tiga golongan dari umatku akan mengisi mereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:-

Orang yang gemuk tapi kurus ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang badat.
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

Orang yang alim tapi jahil; iaitu ulama' yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Asma' binti Kharizah Fazari r.a. di riwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu., "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meniggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:-

i. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
ii. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
iii. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
iv. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
v. Ingat kepada Allah s.w.t.
vi. Lupakan budi baikmu pada orang lain.
vii. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
viii. Ingat kepada mati.

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut
di dalam kitab Muhimmah

1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jima' (bersetubuh) atau
menyentuh mana--mana bahagian tubuhnya.
2. Keluar rumah tanpa izin suami samada suami ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk
belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
4. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
5. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
6. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
7. Minta talak
8. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
9. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
10. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
11. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
Wajib bagi wanita:-
1. Mengekalkan malu pada suaminya.
2. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
3. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
4. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
5. Berdiri menyambut kedatangannya.
6. Berdiri menghantar pemergiannya.
7. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
8. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
9. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
10. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
11. Tidak khianat (curang) ketika tiada suaminya.
12. Memuliakan keluarga suaminya.
13. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
14. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau

www.muslimah.com.my/index.php/component/option,com_alphacontent/Itemid,0/category,50/limit,15/limitstart,45/ordering,4/section,8/

Kenapa simpan Janggut?

Wednesday, May 19, 2010

Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib.

Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya,

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.

Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:
“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:
“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.

Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.

Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.

Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat.

Etika Diet Rasulullah

Sunday, May 2, 2010


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.


Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.
Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.
Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.
Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awek muda.
Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).
“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: ” tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).
Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya).Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).
Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).
Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Etika_Diet_Rasulullah

Tip Cegah Jenayah

Wednesday, April 28, 2010

What to take to bed with you - not a joke!!!


Pretty neat idea. Never thought of it before.Put your car keys beside your bed at night Tell your spouse, your children, your neighbors, your parents, your Dr's office, the check-out girl at the market, everyone you run across. Put your car keys beside your bed at night.


If you hear a noise outside your home or someone trying to get in your house, just press the panic button for your car. The alarm will be set off, and the horn will continue to sound until either you turn it off or the car battery dies. This tip came from a neighborhood watch coordinator.


Next time you come home for the night and you start to put your keys away, think of this: It's a security alarm system that you probably already have and requires no installation. Test it. It will go off from most everywhere inside your house and will keep honking until your battery runs down or until you reset it with the button on the key fob chain.... It works if you park in your driveway or garage. If your car alarm goes off when someone is trying to break into your house, odds are the burglar/rapist won't stick around. After a few seconds all the neighbors will be looking out their windows to see who is out there and sure enough the criminal won't want that. And remember to carry your keys while walking to your car in a parking lot. The alarm can work the same way there. This is something that should really be shared with everyone. Maybe it could save a life or a sexual abuse crime. Would also be useful for any emergency, such as a heart attack, where you can't reach a phone. My Mom has suggested to my Dad that he carry his car keys with him in case he falls outside and she doesn't hear him. He can activate the car alarm and then she'll know there's a problem. Please pass this on EVEN IF you've read it before. It's also a reminder!!

Demi Masa..

Monday, April 26, 2010












Assalamualaikom warahmatullahhi wabarakatuh.

Terjemahan Surah Al-Asr. ( ayat diatas )
1. Demi Masa
2. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
3. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan2 dengan kebenaran serta berpesan2 dengan sabar.

Pengajaran ayat di atas:
1. Masa itu amat berharga
2. Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi
3. Jangan suka bertangguh kerja dan ibadat2 seharian
4. Sentiasa berpesan2 dan saling ingat memperingati sesama kita dalam hal2 kebaikan dan mencegah kemungkaran
5. Jika kita lalai dan tidak memperdulikan pesanan dan peringatan yang baik kita akan rugi dan malang

Adapun keterangan ayat diatas juga merupakan "pencetus" bagi saya untuk saling ingat mengingati dan berpesan² untuk menuju kebaikan disamping hadis yang bermaksud.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Hari Kiamat semakin hampir!

Wednesday, April 21, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dansungai-sungai." - Sahih Muslim

TANDA-TANDA KIAMAT BESAR

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Adab memotong kuku

Tuesday, April 20, 2010

Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).

Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.

Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini.

1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."

(Hadis riwayat Muslim) Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."

(Hadis riwayat Muslim) Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."

(Hadis riwayat Ahmad) Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."

(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani) Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

4. Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.

5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya ( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam , kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, nescaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.

Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis adalah haram digunakan melainkan ada hajat seperti berubat.

Jika pewarna kuku itu boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah ditanggalkan pewarna tersebut. Jika tidak ditanggalkan ia daripada kuku tangan atau kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau mandi wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.

Hal ini berbeza pula dengan berinai, kerana perempuan yang bersuami atau perempuan yang hendak berihram sunat baginya berinai atau berpacar. Walau bagaimanapun cara berinai yang disunatkan itu ialah dengan menggunakan daun inai pada seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Disunatkan juga menyapukan sedikit inai kemuka, sebab ketika ihram, perempuan disuruh membuka muka dan kadang-kadang kedua telapak tangannya akan terbuka. Maka dengan berinai itu akan menutupi warna kulit tangan dan muka.

Adapun perempuan yang tidak bersuami, adalah makruh berinai (menginai seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan) tanpa ada sesuatu sebab keuzuran dan tidak pula bermaksud untuk melakukan ihram. Ini kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah.

Sementara cara berinai dengan hanya menginaikan hujung-hujung jari sahaja dan membuat ukiran-ukiran tertentu adalah tidak dianjurkan, bahkan haram hukumnya berbuat begitu. Akan tetapi diharuskan bagi perempuan yang bersuami berinai dengan cara berkenaan dengan syarat ada keizinan daripada suami. Ini memandangkan ada tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa ada keizinan suami maka hukumnya tetap haram.

Manakala hukum berinai bagi kaum lelaki pada dua tangan dan kaki adalah haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya yang maksudnya :

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."

(Hadis riwayat Muslim) Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu terdapat di dalamnya unsur-unsur menyerupai cara kaum wanita berhias. Akan tetapi jika lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu ada keperluan atau hajat seperti untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidak juga dimakruhkan ke atasnya berinai.

Musibah dan Bencana

Seringkali kita rasa kecewa teramat sangat apabila segala yang kita hajati dan inginkan tidak menjadi kenyataan. Akan tetapi apabila kita renungkan kembali, ianya adalah ketentuan Allah yang maha mengetahui apa dihadapan dan belakang kita ( masa silam dan masa yg akan datang ) malah Maha mengetahui apa yang ada dihati kita.
Seringkali selepas solat kita akan berdoa supaya dihindarkan dari musibah dan diberi kesudahan yang baik, malah ibu dan ayah kita, anak dan isteri kita serta kawan² kita juga sering berdoa yg sama dan mereka juga berdoa untuk kita. Akan tetapi apabila Allah menghindarkan kita dari "Bala" yang besar dan memberikan 'jalan' dengan menimpakan musibah yang kecil, mengapa kita merintih dan kesal. Sedangkan musibah yg kecil itu adalah berkat doa dari ibu bapa kita, anak isteri kita malah kita sendiri yang meminta dihindarkan dari "Bala dan Bencana". Adakah kita terfikir bahawa tanpa musibah tersebut kemungkinan kita akan mendapat Bala yang lebih besar ataupun akan melakukan 'aniaya' terhadap ayah dan ibu kita, anak dan isteri kita juga sesama manusia yang tidak berdosa. Maka Allah turunkan musibah itu diatas doa anak isteri kita dan kita sendiri ( tapi kita tak pernah sedar ) kerana Allah maha mengetahui segala di Langit dan di Bumi, apa yg di hadapan dan di belakang kita dan juga Maha mengetahui apa yang ada dihati kita. Sesunguhnya Allah itu Maha pengasih dan penyayang dari itu sentiasalah berperasangka baik terhadap Ketentuan Allah. Allahhuaklam!

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa


Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa ( bukan sunnah )

Alhamdulillah. hari ini dipanjangkan usia kita untuk melalui hari Jumaat yang entah keberapa yang kita tak pernah kira. Tergerak hati saya untuk membincangkan perkara diatas.

Adapun saya telah maklum akan Nas yang menyatakan hukum mengangkat tangan ketika khatib berdoa ketika didalam kutubah Jumaat yang kedua. Akan tetapi setiap kali menunaikan solat jumaat, saya masih terpandang akan senario yang disebutkan diatas. Dari itu marilah kita sama sama renungkan dan memanjang kan serta sampai menyampaikan, ingat mengingati sesama kita mudah mudahan pengetahuan yang kita sampaikan ini akan memberi manafaat dan kebaikan didunia dan akhirat, insyaallah.

Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a :- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan :

عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِdari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata :'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyakatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca do'a didalam khutbah jumaat.

Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].

Umumnya, tidak banyak tempat amalan berdo'a yang disyariatkan beramai2 kecuali didalam beberapa keadaan; semasa Imam membaca Do'a Qunut (Nazilah), didalam do'a istisqaa'.

Berdoa sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi s.a.w.. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdoa di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata:

قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w. melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104) Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini: ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.

Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:
رفع اليدين غير مشروع في خطبة الجمعة ولا في خطبة العيد لا للإمام ولا للمأمومين ، وإنما المشروع الإنصات للخطيب والتأمين على دعائه بينه وبين نفسه من دون رفع صوت

"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)

Kesimpulannya pandangan yang benar adalah, seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan.

Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a:- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan:

عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa didalam khutbah jumaat.

Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].

Hukum dan Adab memakai Cincin

Seperti yang kita ketahui memakai cincin hukumnya adalah sunat. Memakai cincin menurut sunnah adalah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; "Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas". Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Rasulullah saw memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang oleh Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)". Hadith Riwayat Muslim

Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya ( jari tengah atau jari hantu )”. Hadith riwayat Muslim,

Imam Malik r.h. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arabi didalam syarah Muwatta' : Sah dari : {Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}. Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memuji pemakaian disebelah kiri.

Nasihat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam . kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam . Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam . berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:-
1) jari manis
2) jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:-
1) jari tengah
2) jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.