WANITA ISI NERAKA

Monday, May 24, 2010

Rasullullah pernah bersabda ;"Ballighuu 'anni walau ayat..." Bermaksud:"Sampaikanlah oleh kamu daripadaku walaupun satu ayat..."

Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)



PERINGATAN UNTUK WANITA

Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak). Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehigga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w.: Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli.

Diriwayatkan pada suatu hari ketika Rasullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.a. dan Maimunah r.a.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah? Rasullullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya.

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehigga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya semula. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tiada izinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tanpa izin suaminya.

Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, amada miskin atau kaya. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang lainkan di tepi-tepinya.

Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga suaminya marah, wanita itu akan tidur di dalam laknat malaikat hingga ke pagi. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakitkan hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekelian.

Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku Rasulullah) perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

Wanita yang meyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkoknya. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. "Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsanNya.

"Kebanyakan ahli neraka adalah adalah kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Jawab Nabi s.a.w., "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api" Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.? Jawab Rasulullah s.a.w.: Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahir anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.

Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran isteri berkata: 'sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun') gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat). Kurang akal dan kurang ilmu engetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda "Tiga golongan dari umatku akan mengisi mereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:-

Orang yang gemuk tapi kurus ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang badat.
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

Orang yang alim tapi jahil; iaitu ulama' yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Asma' binti Kharizah Fazari r.a. di riwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu., "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meniggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:-

i. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
ii. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
iii. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
iv. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
v. Ingat kepada Allah s.w.t.
vi. Lupakan budi baikmu pada orang lain.
vii. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
viii. Ingat kepada mati.

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut
di dalam kitab Muhimmah

1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jima' (bersetubuh) atau
menyentuh mana--mana bahagian tubuhnya.
2. Keluar rumah tanpa izin suami samada suami ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk
belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
4. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
5. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
6. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
7. Minta talak
8. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
9. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
10. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
11. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
Wajib bagi wanita:-
1. Mengekalkan malu pada suaminya.
2. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
3. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
4. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
5. Berdiri menyambut kedatangannya.
6. Berdiri menghantar pemergiannya.
7. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
8. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
9. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
10. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
11. Tidak khianat (curang) ketika tiada suaminya.
12. Memuliakan keluarga suaminya.
13. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
14. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau

www.muslimah.com.my/index.php/component/option,com_alphacontent/Itemid,0/category,50/limit,15/limitstart,45/ordering,4/section,8/

Kenapa simpan Janggut?

Wednesday, May 19, 2010

Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib.

Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya,

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.

Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:
“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:
“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.

Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.

Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.

Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat.

Etika Diet Rasulullah

Sunday, May 2, 2010


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.


Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.
Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.
Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.
Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awek muda.
Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).
“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: ” tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).
Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya).Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).
Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).
Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Etika_Diet_Rasulullah